Monday, July 27, 2009

Ucapan perwakilan pergerakan pemuda UMNO Bahagian Jempol (25 Julai 2009)


1.Di sini saya ingin mengemukakan beberapa perkara berkenaan kekuatan orang melayu dan peranan Felda yang telah menyelamatkan Negeri Sembilan daripada jatuh ke tangan pembangkang.
2. Selepas pilihan raya yang ke-12 saya tidak nampak satu usaha daripada pihak UMNO untuk memikirkan dan mengambil tindakan macam mana untuk kita merapatkan dan menyatukan orang melayu. Apa yang saya nampak adalah untuk memperkukuhkan kerusi masing2. biar orang melayu hancur dan UMNO terus menderita di sebabkan pemimpin yang mementingkan peribadi, dan membiarkan orang Melayu terus di kuasai oleh kaum pendatang padahal kita adalah kaum peribumi. Ini yang saya nampak dan berlaku di depan mata saya. Orang Melayu terus bertelagah sesama sendiri.

3. Di sini, saya merayu dan memohon daripada tuan-tuan, adik, abang dan semua Orang Melayu, "marilah kita bersatu untuk memperkuatkan kedudukan kita di tanah kita ini yang bertuah. Jangan bagi orang lain memperkotak-katikkan bangsa kita."

4. Di sini, kalau kita ingin imbas balik sejarah tanah air kita terlalu banyak sejarah yang melibatkan Orang Melayu yang menjadi pengkhianat Bangsa Melayu sendiri. Contohnya, sejarah Mat Kilau di Pahang. Konco Mat Kilau telah mendapat habuan daripada 'Orang Putih'. Lalu konco Mat Kilau telah membocorkan strategik serangan yang Mat Kilau rancang dengan rapi. Akhirnya 'Orang Putih' menang dalam pertempuran itu; dan juga sejarah Dato' Maharajalela di Perak, di mana Orang Melayu telah membocorkan rahsia Dato' Maharajalela kepada 'Orang Putih; dan banyak lagi kalau kita ingin imbas balik sejarah tanah air kita. Disebabkan perkara inilah 'Orang Putih' dapat menguasai tanah air kita. Jadi marilah kita bersatu dalam apa keadaanpun dan marilah kita tolong menolong sesama bangsa kita supaya kita menjadi kuat di tanah air kita sendiri. Kita jadikan ini satu perjuangan Melayu baru. Berani berubah untuk memperkukuhkan Bangsa Melayu. Titik permulaan kita untuk berubah adalah UMNO... sebab parti UMNO adalah parti gergasi Orang Melayu. Kita jangan hancurkan UMNO. kita sebagai ahli umno.. marilah kita gunakan kuasa kita untuk memperbetulkan umno yang selama ini di angap parti rasuah untuk kepentingan peribadi. Dengan ini kita jadikan UMNO parti yang memperkukuhkan dan memperjuaangkan keadaan Orang Melayu, supaya Orang Melayu menjadi bangsa yang dapat mengekalkan kuasa Bangsa Melayu di Tanah Melayu yang bertuah ini. Jangan lah kita jadi pengkianat pada bangsa kita sendiri.

5. Berkenaan kemenangan UMNO di kawasan Negeri Sembilan bukanlah perkara yang boleh di banggakan. Ini adalah satu perkara yang amat merbahaya kepada umno yang sebenarnya. Sekiranya kita tidak bertindak daripada sekarang. Tuan-tuan tahu tak? Negeri Sembilan telah menang majoriti 4 kerusi DUN. Majoriti yang memenangkan Negeri Sembilan adalah DUN Felda. Dengan ini saya memohon supaya DUN Felda di beri perhatian sepenuhnya. Terutama kepada Felda yang mempunyai penduduk yang ramai seperti Palong 8. Felda Palong 8 dan Felda Palong 7 adalah satu kawasan atau satu kampong yang mempunyai rumah peneroka sahaja sebanyak 1,200 buah rumah. Tidak termasuk rumah kilang getah dan guru. Kami juga mempunyai tiga buah sekolah di satu kawasan kampung. Tetapi kami tidak mempunyai prasarana yang sempurna untuk mengajak belia membudayakan sukan. Dengan ini saya memohon supaya Felda Palong 8 dan Felda Palong 7 diadakan satu perkampongan sukan yang serba lengkap supaya perkara ini dapat menarik pengundi muda menyokong Kerajaan.

No comments:

Post a Comment