Friday, June 12, 2009

penyelewengan puluhan jutaan ringgit di kawasan felda palong 8

saya anak peneroka felda palong 8, yg amat kesal dengan sikap kakitangan felda yang menguruskan satu projek tanaman semula dan penjualan kayu getah hak milik peneroka felda palong 8, jempol Negeri Sembilan. yang melibatkan puluhan juta ringgit.
kakitangan felda yang berkenaan telah membuat satu penyelewengan dan penipuan yang di rangcang secara rapi hingga pihak peneroka sudah tidak tahu hendak mengadu pada siapa lagi.
pihak peneroka juga telah membuat beberapa aduan kepada polis dan sprm.
tapi sampai sekarang pihak tersebut tidak ada tindakan yang di ambil dan pihak peneroka terus menderita dan sensara.

2. Saya sebagai anak peneroka felda palong 8, yang merupakan generasi kedua felda terpaksa untuk mengambil inisiatif ini menulis didalam blog saya ini setelah mendapati pihak pengurusan felda telah melakukan penyelewengan dan penipuan yang saya anggarkan berjumlah puluhan juta ringgit terhadap peneroka felda palong 8, melalui tender yang di laksanakan dimana saya dapati terdapat penyalahgunaan kuasa di dalam pengurusan felda.

3. Perkara pertama; saya dapati pihak pengurusan felda palong 8 tidak pernah memanggil ketua kampung, peneroka-peneroka felda dan pihak-pihak yang terlibat untuk memaklumkan secara terperinci mengenai cara tender dikendalikan.

4. Kedua, Pihak pengurusan felda palong 8 telah mengeluarkan satu borang setuju tanam semula dan penjualan kayu getah yang saya rasakan tidak sah. berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saya , borang tersebut sepatutnya dikeluarkan oleh JKKR palong 8 menerusi timbalan pengerusi JKKR ataupun ketua kampung ( yang telah dilantik oleh peneroka-peneroka felda ) untuk diberikan kepada peneroka dalam mencapai persetujuan bersama untuk memilih tender yang di rasakan dapat memberi nilai yang tertinggi. Peneroka felda berhak mengatahui dan menentukan harga tender kerana tanah ladang dan kayu getah tersebut adalah hak milik Peneroka felda Palong 8 yang telah pun melangsaikan hutang dengan Felda. Perkara ini terdapat
di dalam perjanjian antara peneroka dan Felda (di bawah akta GSA ).
Pihak felda hanya menguruskan sahaja itupun kena persetujuan daripada peneroka baru pihak felda boleh menguruskan tanah milik peneroka.

5. Ketiga, saya dapati dan mengetahui Pengurus Felda palong 8 dan beberapa orang lagi telah berkempen dari blok ke blok untuk mendesak peneroka menandatangan borang setuju tanam semula dan harga kayu getah yang telah di tetapkan oleh pihak felda.
memandangkan faktor pokok-pokok getah Felda Palong 8 yang sudah tidak dapat lagi mengeluarkan hasil getah dan harga getah yang murah di samping merasai tempias kegawatan ekonomi negara, pengurus Felda palong 8 telah mengambil kesempatan dengan memberi tekanan dan desakan kepada peneroka untuk menerima tender yang berharga iaitu RM29,000.00 yang telah ditetap oleh pihak Felda. untuk setiap peneroka(10 ekar tanah ladang bagi setiap peneroka)

6. Perkara ini telah menimbulkan isu besar apabila beberapa syarikat telah menawarkan harga yang tinggi sehingga RM 52,000.00 untuk setiap peneroka. harga ini jauh lebih tinggi berbanding harga yang diberikan oleh pihak pengurusan Felda iaitu RM 29,000.00 (yang diwar-warkan oleh Pengurus Felda palong 8 sebagai harga tertinggi yang ditawarkan oleh pe'tender')
Jumlah peneroka 600 orang. luas tanah milik peneroka 6,000 ekar.
bila pihak felda telah mengetahui ada syarikat telah menawarkan harga yang tinggi kepada peneroka. Pihak Felda telah mehantar satu surat ugutan kepada syarikat tersebut untuk tidak menggangu urusan Felda.

7. Sekali lagi saya tegaskan bahawa perkara ini adalah satu penyelewengan dan penipuan yang di rancang secara rapi sehingga dapat menggagalkan pihak berkuasa untuk mengesan perkara yang melibatkan kerugian puluhan jutaan ringgit kepada peneroka tetapi satu 'keuntungan besar 'kepada pengkianat-pengkianat kepada bangsa melayu sendiri.
saya merasa amat sedih kerana orang melayu menjadi pengkianat bangsa sendiri.

4 comments:

  1. Elok saman kat mahkamah aje...macam peneroka di Ktan yang menang RM 11 juta baru-baru ini.Semoga berjaya - Taufek , Paroi

    ReplyDelete
  2. Tahniah Bro...
    Semoga Generasi lebih ramai Generasi ke-2 felda yg berani & berpengatahuan seperti ini akan lahir...
    Jangan selamanya Generasi felda dianggap golongan yg 'bodoh' dan senang utk diperlakukan apa saja...

    ReplyDelete
  3. jom join PAS
    layari czackPY@yahoo.com.my

    ReplyDelete
  4. salam...
    suami saya org palong 8 gak...
    sangat bsetuju ngan komen di atas..
    Suami saya pn generasi ke2 felda palong but yg sedihnya, dah la dah RM29k ajer..xsempat duit tu dibahagikan adik-beradik (mkbapak dah xde), duitnyer dah HILANG dalam akaun Maybank..dah buat report polis.katanyer keje org dalaman Maybank. tp apakan daya..skrg n, sorg pun tak merasa duit tu..suami baru plan nak tukar enjin keta..xpe2 sabar2..bukan rezeki nak buat mcm ner..

    ReplyDelete