Monday, July 27, 2009

Ucapan perwakilan pergerakan pemuda UMNO Bahagian Jempol (25 Julai 2009)


1.Di sini saya ingin mengemukakan beberapa perkara berkenaan kekuatan orang melayu dan peranan Felda yang telah menyelamatkan Negeri Sembilan daripada jatuh ke tangan pembangkang.
2. Selepas pilihan raya yang ke-12 saya tidak nampak satu usaha daripada pihak UMNO untuk memikirkan dan mengambil tindakan macam mana untuk kita merapatkan dan menyatukan orang melayu. Apa yang saya nampak adalah untuk memperkukuhkan kerusi masing2. biar orang melayu hancur dan UMNO terus menderita di sebabkan pemimpin yang mementingkan peribadi, dan membiarkan orang Melayu terus di kuasai oleh kaum pendatang padahal kita adalah kaum peribumi. Ini yang saya nampak dan berlaku di depan mata saya. Orang Melayu terus bertelagah sesama sendiri.

3. Di sini, saya merayu dan memohon daripada tuan-tuan, adik, abang dan semua Orang Melayu, "marilah kita bersatu untuk memperkuatkan kedudukan kita di tanah kita ini yang bertuah. Jangan bagi orang lain memperkotak-katikkan bangsa kita."

4. Di sini, kalau kita ingin imbas balik sejarah tanah air kita terlalu banyak sejarah yang melibatkan Orang Melayu yang menjadi pengkhianat Bangsa Melayu sendiri. Contohnya, sejarah Mat Kilau di Pahang. Konco Mat Kilau telah mendapat habuan daripada 'Orang Putih'. Lalu konco Mat Kilau telah membocorkan strategik serangan yang Mat Kilau rancang dengan rapi. Akhirnya 'Orang Putih' menang dalam pertempuran itu; dan juga sejarah Dato' Maharajalela di Perak, di mana Orang Melayu telah membocorkan rahsia Dato' Maharajalela kepada 'Orang Putih; dan banyak lagi kalau kita ingin imbas balik sejarah tanah air kita. Disebabkan perkara inilah 'Orang Putih' dapat menguasai tanah air kita. Jadi marilah kita bersatu dalam apa keadaanpun dan marilah kita tolong menolong sesama bangsa kita supaya kita menjadi kuat di tanah air kita sendiri. Kita jadikan ini satu perjuangan Melayu baru. Berani berubah untuk memperkukuhkan Bangsa Melayu. Titik permulaan kita untuk berubah adalah UMNO... sebab parti UMNO adalah parti gergasi Orang Melayu. Kita jangan hancurkan UMNO. kita sebagai ahli umno.. marilah kita gunakan kuasa kita untuk memperbetulkan umno yang selama ini di angap parti rasuah untuk kepentingan peribadi. Dengan ini kita jadikan UMNO parti yang memperkukuhkan dan memperjuaangkan keadaan Orang Melayu, supaya Orang Melayu menjadi bangsa yang dapat mengekalkan kuasa Bangsa Melayu di Tanah Melayu yang bertuah ini. Jangan lah kita jadi pengkianat pada bangsa kita sendiri.

5. Berkenaan kemenangan UMNO di kawasan Negeri Sembilan bukanlah perkara yang boleh di banggakan. Ini adalah satu perkara yang amat merbahaya kepada umno yang sebenarnya. Sekiranya kita tidak bertindak daripada sekarang. Tuan-tuan tahu tak? Negeri Sembilan telah menang majoriti 4 kerusi DUN. Majoriti yang memenangkan Negeri Sembilan adalah DUN Felda. Dengan ini saya memohon supaya DUN Felda di beri perhatian sepenuhnya. Terutama kepada Felda yang mempunyai penduduk yang ramai seperti Palong 8. Felda Palong 8 dan Felda Palong 7 adalah satu kawasan atau satu kampong yang mempunyai rumah peneroka sahaja sebanyak 1,200 buah rumah. Tidak termasuk rumah kilang getah dan guru. Kami juga mempunyai tiga buah sekolah di satu kawasan kampung. Tetapi kami tidak mempunyai prasarana yang sempurna untuk mengajak belia membudayakan sukan. Dengan ini saya memohon supaya Felda Palong 8 dan Felda Palong 7 diadakan satu perkampongan sukan yang serba lengkap supaya perkara ini dapat menarik pengundi muda menyokong Kerajaan.

Friday, June 12, 2009

penyelewengan puluhan jutaan ringgit di kawasan felda palong 8

saya anak peneroka felda palong 8, yg amat kesal dengan sikap kakitangan felda yang menguruskan satu projek tanaman semula dan penjualan kayu getah hak milik peneroka felda palong 8, jempol Negeri Sembilan. yang melibatkan puluhan juta ringgit.
kakitangan felda yang berkenaan telah membuat satu penyelewengan dan penipuan yang di rangcang secara rapi hingga pihak peneroka sudah tidak tahu hendak mengadu pada siapa lagi.
pihak peneroka juga telah membuat beberapa aduan kepada polis dan sprm.
tapi sampai sekarang pihak tersebut tidak ada tindakan yang di ambil dan pihak peneroka terus menderita dan sensara.

2. Saya sebagai anak peneroka felda palong 8, yang merupakan generasi kedua felda terpaksa untuk mengambil inisiatif ini menulis didalam blog saya ini setelah mendapati pihak pengurusan felda telah melakukan penyelewengan dan penipuan yang saya anggarkan berjumlah puluhan juta ringgit terhadap peneroka felda palong 8, melalui tender yang di laksanakan dimana saya dapati terdapat penyalahgunaan kuasa di dalam pengurusan felda.

3. Perkara pertama; saya dapati pihak pengurusan felda palong 8 tidak pernah memanggil ketua kampung, peneroka-peneroka felda dan pihak-pihak yang terlibat untuk memaklumkan secara terperinci mengenai cara tender dikendalikan.

4. Kedua, Pihak pengurusan felda palong 8 telah mengeluarkan satu borang setuju tanam semula dan penjualan kayu getah yang saya rasakan tidak sah. berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saya , borang tersebut sepatutnya dikeluarkan oleh JKKR palong 8 menerusi timbalan pengerusi JKKR ataupun ketua kampung ( yang telah dilantik oleh peneroka-peneroka felda ) untuk diberikan kepada peneroka dalam mencapai persetujuan bersama untuk memilih tender yang di rasakan dapat memberi nilai yang tertinggi. Peneroka felda berhak mengatahui dan menentukan harga tender kerana tanah ladang dan kayu getah tersebut adalah hak milik Peneroka felda Palong 8 yang telah pun melangsaikan hutang dengan Felda. Perkara ini terdapat
di dalam perjanjian antara peneroka dan Felda (di bawah akta GSA ).
Pihak felda hanya menguruskan sahaja itupun kena persetujuan daripada peneroka baru pihak felda boleh menguruskan tanah milik peneroka.

5. Ketiga, saya dapati dan mengetahui Pengurus Felda palong 8 dan beberapa orang lagi telah berkempen dari blok ke blok untuk mendesak peneroka menandatangan borang setuju tanam semula dan harga kayu getah yang telah di tetapkan oleh pihak felda.
memandangkan faktor pokok-pokok getah Felda Palong 8 yang sudah tidak dapat lagi mengeluarkan hasil getah dan harga getah yang murah di samping merasai tempias kegawatan ekonomi negara, pengurus Felda palong 8 telah mengambil kesempatan dengan memberi tekanan dan desakan kepada peneroka untuk menerima tender yang berharga iaitu RM29,000.00 yang telah ditetap oleh pihak Felda. untuk setiap peneroka(10 ekar tanah ladang bagi setiap peneroka)

6. Perkara ini telah menimbulkan isu besar apabila beberapa syarikat telah menawarkan harga yang tinggi sehingga RM 52,000.00 untuk setiap peneroka. harga ini jauh lebih tinggi berbanding harga yang diberikan oleh pihak pengurusan Felda iaitu RM 29,000.00 (yang diwar-warkan oleh Pengurus Felda palong 8 sebagai harga tertinggi yang ditawarkan oleh pe'tender')
Jumlah peneroka 600 orang. luas tanah milik peneroka 6,000 ekar.
bila pihak felda telah mengetahui ada syarikat telah menawarkan harga yang tinggi kepada peneroka. Pihak Felda telah mehantar satu surat ugutan kepada syarikat tersebut untuk tidak menggangu urusan Felda.

7. Sekali lagi saya tegaskan bahawa perkara ini adalah satu penyelewengan dan penipuan yang di rancang secara rapi sehingga dapat menggagalkan pihak berkuasa untuk mengesan perkara yang melibatkan kerugian puluhan jutaan ringgit kepada peneroka tetapi satu 'keuntungan besar 'kepada pengkianat-pengkianat kepada bangsa melayu sendiri.
saya merasa amat sedih kerana orang melayu menjadi pengkianat bangsa sendiri.